Friday 13 June 2014

Qiamullail Perdana



SubhanaAllah ...

Qiammullail Perdana merupakan salah satu aktiviti yang dianjurkan dalam Bulan Liga Asrama di Sekolah Raja Perempuan Taayah .

Aktiviti ini dijalankan dengan tujuan untuk melatih dan menggalakkkan para pelajar untuk bangun berqiammullail di waktu sepertiga malam .

Seperti dalam firmanNya :
“Wahai orang yang berselimut! Bangunlah solat tahajjud pada waktu malam, selain daripada sedikit masa (yang tidak dapat tidak untuk berehat) iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya: dan bacalah al-Quran dengan tartiil”

(Surah al-Muzammil ayat 1-4)

Moga para pelajar dapat istiqamah dalam melakukan ibadah Qiammullail . InsyaAllah .

_QudwahQablaDakwah_