Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Saturday, 13 July 2013

A Love Story with Ramadhan

Cuba bayangkan..

1. Kita merindui seseorang itu.
2. Kita hanya boleh berjumpa dengannya setahun sekali.
3. Dan, kita hanya boleh bersamanya dalam 30 hari sahaja!

Mesti hati tidak berasa puas untuk bersama dia yang dicintai. Same goes with RAMADHAN!

Kita merindui seseorang itu.


Adakah kita merindui Ramadhan? Para sahabat baginda SAW amat merindui Ramadhan. Tidak sabar-sabar menanti Ramadhan yang dikunjung tiba.

Kita.. lagi tidak sbar-sabar untuk menyambut Hari Raya adalah! Inilah realiti kebanyakan umat Islam di negara kita. Pada hari ketiga Ramadhan, sudah terdengar lagu raya. Adakah kita mengharungi Ramadhan kerana hendak beraya?

Jika seseorang itu memang merindui Ramadhan, dia akan bersedia untuk melakukan ibadah secara rapid! Ramadhan dianggapnya sebagai satu shortcut untuk bertemu dengan cinta Allah. Kemudian, apabila Ramadhan telah tamat, dia tetap terus istiqamah dalam ibadahnya dan tidak sabar untuk bertemu dengan Ramadhan yang akan datang.

Kita hanya boleh berjumpa dengannya setahun sekali.


Apabila kita sudah berjumpa dengan Ramadhan, kita akan manfaatkan sehabis waktu untuk mengambil bonus daripada Allah ini. Hanya sekali dalam setahun sahaja!

Cuba bayangkan, kita hanya mebiarkan Ramadhan sepi apabila dia sudah tiba. Kita akan termasuk dalam golongan orang yang rugi. 

Jangan lepaskan peluang keemasan ini!

Kita hanya boleh bersamanya dalam 30 hari sahaja!


Sedih atau tidak? Kalau kita sudah tahu yang kita hanya ada 30 hari sahaja untuk bersama Ramadhan, tunggu apa lagi?

FASTABIQUL KHAIRAT!


Saturday, 25 May 2013

5 Perkara Sebelum 5 Perkara



Dari Ibnu ‘Abbas, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

اِغْتَنِمْ خَمْسًا قَبْلَ خَمْسٍ : شَبَابَكَ قَبْلَ هَرَمِكَ وَ صِحَّتَكَ قَبْلَ سَقَمِكَ وَ غِنَاكَ قَبْلَ فَقْرِكَ وَ فَرَاغَكَ قَبْلَ شَغْلِكَ وَ حَيَاتَكَ قَبْلَ مَوْتِكَ

“Manfaatkan lima perkara sebelum lima perkara :

Waktu mudamu sebelum datang waktu tuamu,
Waktu sehatmu sebelum datang waktu sakitmu,
Masa kayamu sebelum datang masa kefakiranmu,
Masa luangmu sebelum datang masa sibukmu,
Hidupmu sebelum datang kematianmu.”

(HR. Al Hakim dalam Al Mustadroknya, dikatakan oleh Adz Dzahabiy dalam At Talkhish berdasarkan syarat Bukhari-Muslim. Hadits ini dikatakan shohih oleh Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shogir)

Wednesday, 27 March 2013

MLM Yang Menguntungkan!




Bismillahirrahmanirrahim.

Multi Level Marketing, atau biasanya kita dengar sebagai MLM, adalah satu perniagaan yang menyeronokkan. Mengikut apa yang saya tahu, sistem yang digunakan MLM membolehkan siapa yang mendapat lebih banyak orang di bawahnya, maka dia akan mempunyai keuntungan yang lebih banyak.

Saya pernah mengikuti promosi bawah satu syarikat MLM. Bayangkan, dalam setahun, anda boleh men- dapat RM70,000! Wah... siapa yang tidak mahu? Hanya perlu berusaha mencari orang untuk mengikut sistem MLM ini sahaja. Malah, dalam promosi itu, ditunjukkan kepada kami manusia-manusia yang ber- jaya mengubah hidup mereka dengan MLM. Adakah anda percaya, seorang manusia kurus kedengking, yang sebelum ini motor pun tiada, selepas mengikuti MLM selama 5 bulan, dia sudah mampu membeli Mercedes secara tunai? Itulah penangan MLM.

Tetapi, saya tidak ikut. Kenapa? Sebab saya sudah ada MLM saya sendiri. Wah... Hilal Asyraf buat MLM sendiri? Em.. Sebenarnya, MLM ini, bukan MLM hak milik saya. Pengerusi MLM ini tidak tertanding, dan keuntungannya jauh melebihi keuntungan segala syarikat MLM yang ada di dunia ini.

Percaya?

Hari ini, saya hendak mengajak anda mengikuti MLM yang saya jalankan ini.

ALLAH SWT berfirman akan maksud kejayaan yang sebenar, di dalam Surah Ali Imran ayat 185,

Setiap yang bernyawa akan merasai kematian, di akhirat nanti amal kamu akan disempurnakan, barangsiapa yang diselamatkan dari api neraka, dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sesungguh- nya dia telah berjaya. Dan tiadalah dunia ini melainkan kesenangan yang menipu daya

Pada saya, kejayaan saya ukur dengan itu, diselamatkan dari neraka, dan dimasukkan ke dalam syurga.

MLM yang saya hendak perkenalkan ini, membawa kita kepada kejayaan itu. Wah, adakah MLM sedemikian rupa? 

MLM ini juga, menepati firman ALLAH SWT,

Dan dari mereka ada yang meminta, wahai RABB kami, berikanlah kami di dunia ini kebaikan, dan di akhirat nanti kebaikan, dan jauhkanlah kami dari azab api neraka. Mereka itu adalah apa yang akan dibalasi apa yang mereka minta, dan ALLAH itu Maha Cepat HitunganNya [Surah Al-Baqarah, 201-202].

Apakah jenis MLM yang saya hendak mengajak anda sertai ini?

Itulah dia MLM mengajak manusia berbuat kebaikan, MLM mengingatkan manusia kembali kepada ALLAH, MLM membimbing manusia mengenal ALLAH, MLM memimpin manusia kembali ke jalan kebenaran, dan MLM membawa manusia taat kepada ALLAH.
Dalam MLM ini, ganjarannya amatlah besar. Rasulullah SAW bersabda,

Barangsiapa yanng mengajak kepada kebaikan, maka untuknya pahala seperti pembuatnya(yakni orang yang dia ajak berbuat kebaikan). [Riwayat Muslim: 1893]

Wah, kalau MLM yang biasa kita dengar, kita hanya akan mendapat keuntungan beberapa peratus dari keuntungan orang bawahan kita. Tetapi MLM ini, kalau kita ajak manusia berpuasa, maka untuk kita pahala puasa sepertinya juga, jika kita ajak seorang itu solat berjemaah, maka untuk kita pahala solat jemaah sepertinya juga, tanpa dikurangkan sedikit pun. Sudahlah pahala atas amalan kita, kita dapat, ditambah pula pahala orang yang berbuat kebaikan atas ajakan kita. MasyaaALLAH...

Bayangkan, kita ajak manusia solat berjemaah, dia mendapat pahala 27 kali ganda dari solat fardhu. Pada masa yang sama, kita juga solat berjemaah, dan kita mendapat pahbala 27 kali ganda dari solat fardhu juga. Tetapi, manusia tadi diajak oleh kita, maka 27 kali ganda pahala solat kita, akan ditambah lagi dengan 27 kali ganda pahala solat dia. Hal ini menjadikan, pahala solat kita adalah 54 kali ganda. Itu baru kita ajak seorang... Kalau kita ajak seratus orang?

MasyaALLAH... Itu baru solat berjemaah. Bayangkan kalau kita ajak manusia membaca Al-Quran, bayangkan kalau kita ajak dia memperbaiki solat, bayangkan kalau kita ajar dia cara beradab dengan manusia, bayangkan kalau kita ajak dia buat kebaikan itu, buat kebaikan ini, berapa banyakkah ganjaran yang akan kita dapat? Ya ALLAH... untungnya MLM ini!

Setiap kali dia berpuasa, kita akan mendapat pahala, setiap kali solat, kita akan mendapat pahala. Wah wah... Jika begini, bekalan kita untung mengharungi akhirat nanti akan bertambah dan bertambah. Seronok!

Itu kalau kita ajak orang. MLM ini ada istimewanya. MLM ini menggandakan pahala kita dari amal kebaikan yang kita lakukan.

ALLAH SWT berfirman,

Barang siapa yang membawa amal yang baik maka baginya (pahala) sepuluh kali ganda amalnya... (Surah al-Anam, ayat 160).

Wah, satu kebaikan dibalas 10. MLM apa yang lebih bagus dari MLM ini?

Tetapi, bila kita buat MLM yang menguntungkan begini, pasti akan ada yang dengki. 
Biasalah, manusia, bila ada orang berjaya, suka sahaja hendak disabotajnya. Justeru, MLM ini menyediakan juga ganjaran- ganjaran untuk mereka yang diuji sepanjang menjalankan MLM di bawah syarikat ini.

Firman ALLAH SWT,

Orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh kelak akan KAMI masukkan ke dalam syurga... (Surah an-Nisa, ayat 122).

Kecuali orang sabar (terhadap ujian) dan mengerjakan amal soleh, mereka beroleh keampunan dan pa- hala yang besar. (Surah Hud, ayat 11)

Hai orang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah waspada dan bertak- walah kepada Allah supaya kamu beruntung. (Suruh Ali Imran, ayat 200).

Hadiah-hadiah yang disediakan oleh MLM ini untuk mereka yang sabar amat berbaloi. Keampunan dari dosa, gandaan pahala, dan lebih mantap lagi, SYURGA!

Wah wah, mana ada MLM sebegini dalam dunia? Menghadiahkan yang kekal abadi, malah dalam ke- hidupan dunia, kita akan diberikan keberkatan yang menyenangkan hati.

Tetapi, tuan MLM ini menetapkan bahawa, segala keistimewaan di dalam MLM ini mestilah dilakukan dengan niat yang ikhlas, dan mengikuti cara-cara yang telah tuan MLM ini sediakan. Kalau tidak, maka segala keistimewaan, ganjaran, hadiah di dalam MLM ini tidak akan diberikan. Lebih teruk lagi, ganjaran-ganjaran yang terdahulu ada kemungkinan untuk ditarik kembali.

Ramai sudah manusia yang mengikuti MLM ini. Cuma kebelakangan ini, MLM sebegini sudah menjadi asing.

Rasulullah SAW bersabda,  ISLAM itu bermula dalam keadaan dagang, dan dia akan kembali dagang seperti mana mulanya, maka

beruntunglah orang-orang yang dagang

Tetapi anda lihat, siapa yang menjalankan MLM ini dalam keadaan ia sedang asing, akan memperoleh ganjaran istimewanya tersendiri. Pergh... Mana mahu cari abang, kakak, pakcik, makcik? Mana mahu cari MLM macam ini?

Konsep MLM ini mudah sahaja, setelah anda melihat promosi yang saya lakukan di atas ini, maka anda boleh simpulkan, MLM ini berteraskan dua perkara.

  1.  Perbaiki diri anda. 
  2.  Ajak orang lain.


Tuan MLM ini siapa? Siapa lagi kalau bukan ALLAH!

Mari, kita perbaiki diri kita, dan ajak orang lain untuk berbuat kebaikan sama! InsyaALLAH, ganjaran hebat menanti kita!

Hendak tahu apakah nasib mereka yang mengikuti MLM ini? ALLAH SWT berfirman,

Mereka dalam keadaan gembira disebabkan kurnia Allah yang diberikan kepada mereka... (Surah Ali Imran, ayat 170).

Apa yang anda terlopong lagi itu? Mari, muhasabah diri, koreksi diri, dan kita ajak orang lain!

Rujukan: E-Book Tazkirah, Hilal Asyraf, langitilahi.com