Saturday 13 July 2013

A Love Story with Ramadhan

Cuba bayangkan..

1. Kita merindui seseorang itu.
2. Kita hanya boleh berjumpa dengannya setahun sekali.
3. Dan, kita hanya boleh bersamanya dalam 30 hari sahaja!

Mesti hati tidak berasa puas untuk bersama dia yang dicintai. Same goes with RAMADHAN!

Kita merindui seseorang itu.


Adakah kita merindui Ramadhan? Para sahabat baginda SAW amat merindui Ramadhan. Tidak sabar-sabar menanti Ramadhan yang dikunjung tiba.

Kita.. lagi tidak sbar-sabar untuk menyambut Hari Raya adalah! Inilah realiti kebanyakan umat Islam di negara kita. Pada hari ketiga Ramadhan, sudah terdengar lagu raya. Adakah kita mengharungi Ramadhan kerana hendak beraya?

Jika seseorang itu memang merindui Ramadhan, dia akan bersedia untuk melakukan ibadah secara rapid! Ramadhan dianggapnya sebagai satu shortcut untuk bertemu dengan cinta Allah. Kemudian, apabila Ramadhan telah tamat, dia tetap terus istiqamah dalam ibadahnya dan tidak sabar untuk bertemu dengan Ramadhan yang akan datang.

Kita hanya boleh berjumpa dengannya setahun sekali.


Apabila kita sudah berjumpa dengan Ramadhan, kita akan manfaatkan sehabis waktu untuk mengambil bonus daripada Allah ini. Hanya sekali dalam setahun sahaja!

Cuba bayangkan, kita hanya mebiarkan Ramadhan sepi apabila dia sudah tiba. Kita akan termasuk dalam golongan orang yang rugi. 

Jangan lepaskan peluang keemasan ini!

Kita hanya boleh bersamanya dalam 30 hari sahaja!


Sedih atau tidak? Kalau kita sudah tahu yang kita hanya ada 30 hari sahaja untuk bersama Ramadhan, tunggu apa lagi?

FASTABIQUL KHAIRAT!


Thursday 6 June 2013

[PROMOSI] Button Biah Solehah @ Taayah

Bismillahirrahmanirrahim.

PROMOSI! Button Biah Solehah oleh Lujnah Kesenian Islam

BS3

BS5

BS6

BS8
BS1


BS4

BS7


1 = RM 3

Kepada sesiapa yang berminat untuk menempah button Biah Solehah, anda boleh berbuat demikian dengan menghantar mesej yang mengandungi jenis button, kuantiti dan alamat kepada Facebook rasmi kami:




MARI MENEGAKKAN BIAH SOLEHAH DALAM DIRI KITA!

Saturday 25 May 2013

5 Perkara Sebelum 5 Perkara



Dari Ibnu ‘Abbas, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

اِغْتَنِمْ خَمْسًا قَبْلَ خَمْسٍ : شَبَابَكَ قَبْلَ هَرَمِكَ وَ صِحَّتَكَ قَبْلَ سَقَمِكَ وَ غِنَاكَ قَبْلَ فَقْرِكَ وَ فَرَاغَكَ قَبْلَ شَغْلِكَ وَ حَيَاتَكَ قَبْلَ مَوْتِكَ

“Manfaatkan lima perkara sebelum lima perkara :

Waktu mudamu sebelum datang waktu tuamu,
Waktu sehatmu sebelum datang waktu sakitmu,
Masa kayamu sebelum datang masa kefakiranmu,
Masa luangmu sebelum datang masa sibukmu,
Hidupmu sebelum datang kematianmu.”

(HR. Al Hakim dalam Al Mustadroknya, dikatakan oleh Adz Dzahabiy dalam At Talkhish berdasarkan syarat Bukhari-Muslim. Hadits ini dikatakan shohih oleh Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shogir)

Friday 3 May 2013

Ketenanganku Terganggu


“Subhanallah.. Alhamdulillah” Aku berzikir menyebut nama Allah. Aku berzikir dengan khusyuk sekali. Aku menggunakan jemari tangan kananku untuk menghitung zikirku kepada Allah.

Sesekali aku akan menggunakan alat pengira zikir. Hari ini, aku tidak membawa alat pengira zikir itu ke Musolla. Lagipun, lebih baik aku menggunakan jemariku ini untuk menghitung zikirku. Ini adalah kerana jemariku akan memberitahu Allah, “Tuanku telah menggunakan aku untuk menghitung zikirnya kepada-Mu.” Jadi, aku ingin memanfaatkan seluruh anggota badanku pada jalan Allah supaya Allah meredaiku.

 Sementara menunggu waktu solat Isyak tiba, lebih baik aku menggunakan masa emas ini dengan berzikir demi mendapatkan waktu yang diberkati Allah.

            “Wei, kau nak tahu tak, artis yang aku minat tu dah nak kahwin….” Suara itu datang dari belakangku. Suara itu milik seorang junior. Dia sedang bersembang tentang cerita sensasi bersama kawannya.

            ‘Biarlah.. Lagipun, mereka baru pulang dari rumah. Mesti mereka ada banyak cerita,’ hatiku bermonolog. Aku hanya bersabar. Aku meneruskan zikirku. Dua orang di belakangku itu masih rancak bercerita tanpa menghiraukan orang lain yang ingin beribadat. Aku buat endah tidak endah terhadap mereka. Aku berharap mereka berdua menghentikan perbualan yang tidak berfaedah itu demi menghormati orang yang ingin beribadah.

            “Lailahaillallah… Lailahaillallah..” Aku bertahlil. Mengaku bahawa tiada tuhan selain Allah. Aku sudah berikrar kepada Allah bahawa sesungguhnya solatku, ibadahku, dan matiku hanyalah untuk Tuhan semesta alam ini.

Semalam, aku menghadiri kelas Tafsir untuk menduduki salah satu peperiksaan aliran Azhariah. Murobbi mengajar tafsir Surah An Naba’. Aku berasa diri ini begitu kerdil  apabila dapat mengetahui ada lagi enam lapisan langit yang merupakan perkara sam’iyyat dalam diri manusia.

Rupa-rupanya, atmosfera bumi dan ruang angkasa lepas telah ditakluki oleh manusia sama ada sudah pergi ke situ atau sekadar mengetahui keadaan di situ melalui teknologi terkini  hanyalah langit dunia atau lapisan langit pertama yang dicipta oleh Al Khaliq.

Subhanallah. Maha suci Allah. Sesungguhnya, Dialah pencipta segala-galanya. Sebagai contoh, janganlah kita mengatakan bahawa kita yang menciptakan sesuatu itu. Janganlah kita meninggi diri apabila kita telah berjaya menghasilkan sesuatu. Ketahuilah bahawa Allah yang mencetuskan idea itu ke dalam minda kita.

“Alah… Pasukan MU kalah!”

‘Ha’ah!” Ada seorang pelajar yang umurnya sebayaku bersembang dengan kawannya dengan menggunakan suara yang kuat. Adakah kawannya pekak sehinggakan dia perlu meninggikan suara? Sudahlah dia meninggikan suara di Musolla. Mereka berdua duduk tidak jauh dariku. Aku hanya memandang mereka sekilas.

Mereka tahu akan aku memandang mereka lalu mereka tersenyum padaku tanda minta maaf. Mereka tahu apa yang tersirat dalam pandangan sekilasku tadi. Lantas aku membalas senyuman mereka sebagai tanda memaafkan mereka. Kemudian, mereka bangun lalu pergi ke rak al-Quran untuk mengambil al-Quran dan membaca al-Quran. Hatiku lega kerana melihat dua orang sahabat itu membaca al-Quran bersama-sama.

“Sollallahu ala Muhammad.. Sollallahu alaihi wasallam…” Aku berselawat ke atas kekasih Allah yakni Nabi Muhammad S.A.W. Aku menghayati bait-bait selawat itu.

Tanpa sedar, aku telah menitiskan air mata kerana terkenang akan perjuangan baginda pada jalan Allah. Baginda sanggup berkorban apa sahaja demi agama Islam. Baginda sanggup meninggalkan kota Makkah dan berhijrah ke Madinah al-Munawwarah semata-mata memenuhi perintah Allah dan ajakan orang Ansar yang merupakan penduduk Madinah dari kaum Aus dan Khazraj. Baginda juga berani berjuang menentang musuh-musuh Islam seperti orang musyrikin Makkah. Malah, baginda sanggup menentang darah dagingnya sendiri, Abu Lahab.

Aku mengesat air mataku lalu aku menyambung selawat ke atas Rasulullah S.A.W. semula. Begitu besar pengorbanannya terhadap Islam. Semua dilakukannya adalah untuk umatnya. Baginda masih menyebut ‘Ummati, ummati, ummati’ yang bererti ‘umatku, umatku, umatku’ sebelum baginda menghembuskan nafasnya yang terakhir.

“Hahaha.. Hahaha.” Ketenanganku terganggu. Ungkapan selawatku terbantut. Hatiku berasa sedikit panas umpama baru dicurah dengan air panas.

Mataku mencari-cari pemilik ketawa yang baru kudengari sebentar tadi. Mataku terjumpa pemilik suara itu. Pemilik suara itu sedang berbual-bual kosong bersama rakannya dalam satu kumpulan. Mataku mengecil apabila memandangnya.

Si dia turut memandangku. Aku meletakkan jari telunjukku pada bibirku untuk menyuruh kumpulan itu diam dan menghormati jemaah lain yang ingin beribadah. Mukanya tidak menggambarkan apa-apa reaksi. Dia menyambung semula perbualan yang tidak berfaedah itu dengan kawan-kawannya. Tidak beberapa lama kemudian, ketawanya bersama rakan-rakannya meletus lagi sehingga mengganggu Jemaah di Musolla.

Hatiku geram. Adakah dia tidak berasa serba salah apabila Naib Presiden BADRI ini menghantar renungan tajam kepadanya? Mungkin dia tidak berasa takut kerana aku adalah manusia biasa yang sama sepertinya.

Akan tetapi, tidakkah dia tahu bahawa dia telah mengganggu jemaah lain yang ingin beribadah kepada Allah? Adakah dia tidak tahu bahawa dia telah membuat orang lain tidak khusyuk untuk beribadah kepada Allah?
Jikalau ada lagi Saidina Umar al-Khattab pada zaman ini, mesti beliau sudah memenggal kepala si pengganggu orang yang ingin beribadah.

“Astaghfirullahalazim…” Aku segera beristighfar apabila teringat akan amarahku terhadap mereka itu. Aku menyiram hatiku yang membara dengan air istighfar supaya kepanasan hatiku reda.

“Astaghfirullahalazim…” Aku berstighfar lagi. Aku tidak mahu ibadahku rosak semata-mata terlampau memarahkan seseorang. Aku ingin menjadi orang yang beriman yang mempunyai hati yang sentiasa tenang dek sentiasa mengingati Allah dan Rasul-Nya.

Biasalah… Manusia sering kali alpa, lalai dan leka. Lagipun, perkataan’manusia’ berasal daripada perkataan Arab, ‘nasia’ bererti lupa. Aku memaafkan kesalahan mereka. Mungkin mereka lupa akan amarah Allah. Aku berharap mereka tidak lagi mengulangi kesilapan yang sama. Aku juga berharap yang Allah akan mengampuni dosa-dosa mereka.

Mereka ketawa lagi. Aku menggeleng-gelengkan kepalaku. Aku keluar dari Musolla lalu menuju ke tempat wuduk. Aku mengharapkan wuduk kerana Allah ini  dapat menenangkan hatiku lagi. In shaa Allah.

Friday 29 March 2013

PERTANDINGAN DESIGN BAJU BADRI dan VIDEO 'ADAB'

Bismillahirrahmanirrahim...

Lujnah Kesenian Islam menganjurkan pertandingan Design Baju BADRI. Pertandingan ini dibuka kepada seluruh pelajar TAAYAH.

Syarat-syarat:


  • Mestilah meletakkan logo BADRI . [Boleh download logo di bawah atau lukis sendiri.]

Selain itu, lujnah Publisiti juga menganjurkan pertandingan membuat video bertemakan ADAB. Terbuka kepada seluruh pelajar TAAYAH. Anda dikehendaki membuat video mengenai apa-apa sahaja adab yang telah diajar Islam.

Anda dikehendaki menghantar design baju dan video selepas 31 Mac 2013

Segala kelewatan memaklumkan pertandingan ini harap dimaafkan.


Yang menjalankan tugas,
Naib Setiausaha BADRI 2013

Wednesday 27 March 2013

MLM Yang Menguntungkan!




Bismillahirrahmanirrahim.

Multi Level Marketing, atau biasanya kita dengar sebagai MLM, adalah satu perniagaan yang menyeronokkan. Mengikut apa yang saya tahu, sistem yang digunakan MLM membolehkan siapa yang mendapat lebih banyak orang di bawahnya, maka dia akan mempunyai keuntungan yang lebih banyak.

Saya pernah mengikuti promosi bawah satu syarikat MLM. Bayangkan, dalam setahun, anda boleh men- dapat RM70,000! Wah... siapa yang tidak mahu? Hanya perlu berusaha mencari orang untuk mengikut sistem MLM ini sahaja. Malah, dalam promosi itu, ditunjukkan kepada kami manusia-manusia yang ber- jaya mengubah hidup mereka dengan MLM. Adakah anda percaya, seorang manusia kurus kedengking, yang sebelum ini motor pun tiada, selepas mengikuti MLM selama 5 bulan, dia sudah mampu membeli Mercedes secara tunai? Itulah penangan MLM.

Tetapi, saya tidak ikut. Kenapa? Sebab saya sudah ada MLM saya sendiri. Wah... Hilal Asyraf buat MLM sendiri? Em.. Sebenarnya, MLM ini, bukan MLM hak milik saya. Pengerusi MLM ini tidak tertanding, dan keuntungannya jauh melebihi keuntungan segala syarikat MLM yang ada di dunia ini.

Percaya?

Hari ini, saya hendak mengajak anda mengikuti MLM yang saya jalankan ini.

ALLAH SWT berfirman akan maksud kejayaan yang sebenar, di dalam Surah Ali Imran ayat 185,

Setiap yang bernyawa akan merasai kematian, di akhirat nanti amal kamu akan disempurnakan, barangsiapa yang diselamatkan dari api neraka, dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sesungguh- nya dia telah berjaya. Dan tiadalah dunia ini melainkan kesenangan yang menipu daya

Pada saya, kejayaan saya ukur dengan itu, diselamatkan dari neraka, dan dimasukkan ke dalam syurga.

MLM yang saya hendak perkenalkan ini, membawa kita kepada kejayaan itu. Wah, adakah MLM sedemikian rupa? 

MLM ini juga, menepati firman ALLAH SWT,

Dan dari mereka ada yang meminta, wahai RABB kami, berikanlah kami di dunia ini kebaikan, dan di akhirat nanti kebaikan, dan jauhkanlah kami dari azab api neraka. Mereka itu adalah apa yang akan dibalasi apa yang mereka minta, dan ALLAH itu Maha Cepat HitunganNya [Surah Al-Baqarah, 201-202].

Apakah jenis MLM yang saya hendak mengajak anda sertai ini?

Itulah dia MLM mengajak manusia berbuat kebaikan, MLM mengingatkan manusia kembali kepada ALLAH, MLM membimbing manusia mengenal ALLAH, MLM memimpin manusia kembali ke jalan kebenaran, dan MLM membawa manusia taat kepada ALLAH.
Dalam MLM ini, ganjarannya amatlah besar. Rasulullah SAW bersabda,

Barangsiapa yanng mengajak kepada kebaikan, maka untuknya pahala seperti pembuatnya(yakni orang yang dia ajak berbuat kebaikan). [Riwayat Muslim: 1893]

Wah, kalau MLM yang biasa kita dengar, kita hanya akan mendapat keuntungan beberapa peratus dari keuntungan orang bawahan kita. Tetapi MLM ini, kalau kita ajak manusia berpuasa, maka untuk kita pahala puasa sepertinya juga, jika kita ajak seorang itu solat berjemaah, maka untuk kita pahala solat jemaah sepertinya juga, tanpa dikurangkan sedikit pun. Sudahlah pahala atas amalan kita, kita dapat, ditambah pula pahala orang yang berbuat kebaikan atas ajakan kita. MasyaaALLAH...

Bayangkan, kita ajak manusia solat berjemaah, dia mendapat pahala 27 kali ganda dari solat fardhu. Pada masa yang sama, kita juga solat berjemaah, dan kita mendapat pahbala 27 kali ganda dari solat fardhu juga. Tetapi, manusia tadi diajak oleh kita, maka 27 kali ganda pahala solat kita, akan ditambah lagi dengan 27 kali ganda pahala solat dia. Hal ini menjadikan, pahala solat kita adalah 54 kali ganda. Itu baru kita ajak seorang... Kalau kita ajak seratus orang?

MasyaALLAH... Itu baru solat berjemaah. Bayangkan kalau kita ajak manusia membaca Al-Quran, bayangkan kalau kita ajak dia memperbaiki solat, bayangkan kalau kita ajar dia cara beradab dengan manusia, bayangkan kalau kita ajak dia buat kebaikan itu, buat kebaikan ini, berapa banyakkah ganjaran yang akan kita dapat? Ya ALLAH... untungnya MLM ini!

Setiap kali dia berpuasa, kita akan mendapat pahala, setiap kali solat, kita akan mendapat pahala. Wah wah... Jika begini, bekalan kita untung mengharungi akhirat nanti akan bertambah dan bertambah. Seronok!

Itu kalau kita ajak orang. MLM ini ada istimewanya. MLM ini menggandakan pahala kita dari amal kebaikan yang kita lakukan.

ALLAH SWT berfirman,

Barang siapa yang membawa amal yang baik maka baginya (pahala) sepuluh kali ganda amalnya... (Surah al-Anam, ayat 160).

Wah, satu kebaikan dibalas 10. MLM apa yang lebih bagus dari MLM ini?

Tetapi, bila kita buat MLM yang menguntungkan begini, pasti akan ada yang dengki. 
Biasalah, manusia, bila ada orang berjaya, suka sahaja hendak disabotajnya. Justeru, MLM ini menyediakan juga ganjaran- ganjaran untuk mereka yang diuji sepanjang menjalankan MLM di bawah syarikat ini.

Firman ALLAH SWT,

Orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh kelak akan KAMI masukkan ke dalam syurga... (Surah an-Nisa, ayat 122).

Kecuali orang sabar (terhadap ujian) dan mengerjakan amal soleh, mereka beroleh keampunan dan pa- hala yang besar. (Surah Hud, ayat 11)

Hai orang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah waspada dan bertak- walah kepada Allah supaya kamu beruntung. (Suruh Ali Imran, ayat 200).

Hadiah-hadiah yang disediakan oleh MLM ini untuk mereka yang sabar amat berbaloi. Keampunan dari dosa, gandaan pahala, dan lebih mantap lagi, SYURGA!

Wah wah, mana ada MLM sebegini dalam dunia? Menghadiahkan yang kekal abadi, malah dalam ke- hidupan dunia, kita akan diberikan keberkatan yang menyenangkan hati.

Tetapi, tuan MLM ini menetapkan bahawa, segala keistimewaan di dalam MLM ini mestilah dilakukan dengan niat yang ikhlas, dan mengikuti cara-cara yang telah tuan MLM ini sediakan. Kalau tidak, maka segala keistimewaan, ganjaran, hadiah di dalam MLM ini tidak akan diberikan. Lebih teruk lagi, ganjaran-ganjaran yang terdahulu ada kemungkinan untuk ditarik kembali.

Ramai sudah manusia yang mengikuti MLM ini. Cuma kebelakangan ini, MLM sebegini sudah menjadi asing.

Rasulullah SAW bersabda,  ISLAM itu bermula dalam keadaan dagang, dan dia akan kembali dagang seperti mana mulanya, maka

beruntunglah orang-orang yang dagang

Tetapi anda lihat, siapa yang menjalankan MLM ini dalam keadaan ia sedang asing, akan memperoleh ganjaran istimewanya tersendiri. Pergh... Mana mahu cari abang, kakak, pakcik, makcik? Mana mahu cari MLM macam ini?

Konsep MLM ini mudah sahaja, setelah anda melihat promosi yang saya lakukan di atas ini, maka anda boleh simpulkan, MLM ini berteraskan dua perkara.

  1.  Perbaiki diri anda. 
  2.  Ajak orang lain.


Tuan MLM ini siapa? Siapa lagi kalau bukan ALLAH!

Mari, kita perbaiki diri kita, dan ajak orang lain untuk berbuat kebaikan sama! InsyaALLAH, ganjaran hebat menanti kita!

Hendak tahu apakah nasib mereka yang mengikuti MLM ini? ALLAH SWT berfirman,

Mereka dalam keadaan gembira disebabkan kurnia Allah yang diberikan kepada mereka... (Surah Ali Imran, ayat 170).

Apa yang anda terlopong lagi itu? Mari, muhasabah diri, koreksi diri, dan kita ajak orang lain!

Rujukan: E-Book Tazkirah, Hilal Asyraf, langitilahi.com

Saturday 23 March 2013

Motivasi : Nota Tarbiyah – Tarbiyah Melahirkan Mukmin Soleh Wa Musleh


Motivasi : Nota Tarbiyah – Tarbiyah Melahirkan Mukmin Soleh Wa Musleh


Dakwah Tarbiyah
Picture By Ibnu Fuad Of LangitIlahi
“ Tarbiyah bukanlah segala-galanya, tetapi segala-galanya dapat diraih melalui tarbiyah.” 
Sheikh Mustafa Masyhur

Ia bukan sekadar proses biasa
“ Proses Tarbiyah yang kita lalui hari ini bukan sekadar untuk menjadi SOLEH sahaja. Tetapi ia bertujuan membentuk kita sehingga lahirnya diri kita sebagai MUSLEH,” kata Al Fadhli Ustaz Dahlan bin Mohd Zain (UDMZ). Waktu itu saya masih di sekolah menengah.
Seingat saya inilah pertama kali, perkataan Musleh yang saya dengar. “ Musleh membawa maksud orang yang membaiki. Asal pada perkataan “islah.”
Tarbiyah Islamiyah bukan sekadar membentuk seseorang itu menjadi mukmin untuk dirinya, beramal dan bertaqwa seorang diri sahaja. Bahkan ia bertujuan melahirkan mukmin yang sedia berkhidmat, memberi sumbangan kepada Islam dan berjihad pada jalan Allah SWT. Dan ia juga mampu memperbaiki sesuatu keadaan ke arah yang lebih baik.
“ Baiki diri kamu dan ajaklah orang lain,” Pesanan Mustafa Masyhur untuk kita.
“ Inilah yang dinamakan sahsiah islamiyah. Peribadi yang Allah SWT suka dan kasih,” Penerangan UDMZ sememangnya simple dan mudah. Saya tekun mendengar nasihatnya pada kami dalam satu perhimpunan pagi.
Sewaktu di sekolah menengah dahulu, murabbi di MATRI sangat-sangat menekankan tentang proses pendidikan atau tarbiyah. Ia sentiasa diulang-ulang, disebut-sebut dan dihubung kaitkan dengan setiap aktiviti pelajar.
“ Proses tarbiyah mesti berlaku dalam setiap tindakan dan kehidupan kita. Sehingga ia menjadi malakah (darah daging kita),” kata Ustaz lagi.
Inilah penekanan dan fokus yang ditekankan sewaktu proses awal saya dididik dengan proses tarbiyah Islamiyah. Perkataan tarbiyah ini menjadi sesuatu yang istimewa dan diakan menjadi satu yang mesti disebut dan proses pentarbiyahan itu akan dilaksanakan secara menyeluruh agar hasilannya adalah sesuatu yang diharapkan oleh Allah SWT.
Proses Tarbiyah mesti berterusan
Proses Tarbiyah Islamiyah dan Tarbiyah lmaniyah mestilah berterusan, tidak boleh diabaikan atau dihentikan separuh jalan atau ditamatkan. Silibusnya mencakupi sepanjang hayat seorang muslim.
Menurut Al Syekh Mustafa Masyur bahawa Tarbiyah dan pembersihan jiwa diumpamakan seperti makanan dan siraman bagi pokok yang disemai atau ditanam. Jika pokok tidak dibajai dan disirami sentiasa, maka ia akan layu dan kering. la akan terus hidup subur jika dibajai dan disirami.

Demikianlah manusia. Hidup sebenarnya bagi individu adalah kerana adanya iman. Hidup manusia sebenarnya adalah hidup hatinya dengan keimanan bukan hidup jasad yang akan fana. Iman di dalam hati itulah yang akan melahirkan kehidupan yang bermakna. Hati perlu digilap seialu kerana ia mungkin berkarat.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesunggubnya hati manusia itu berkarat seperti berkaratnya besi. Sababat-sababat bertanya: Apakah pengilapnya wahai Rasulullah?. Rasulullah menerangkan: membaca Al Quran dan mengingati maut (mati).”
(HR Al Baihaqi)
lman yang berada dalam jiwa manusia sentiasa terdedah kepada kelunturan dan kelemahan kerana dijangkiti oleh berbagai penyakit seperti kesibukan urusan duniawi, dan lain-lain. Oleh itu kita perlu banyak memohon pertolongan kepada Allah SWT dengan sentiasa memperbaharui keimanan kita. Sabda Rasuluilah SAW:
“Sesungguhnya iman itu boleb lusuh seperti lusuhnya pakaian, maka bendaklah kamu memohon doa kepada Allah SWT supaya diperbaharui keimanan itu di dalam jiwa kamu.’
(HR Al Hakim dan At Tabrani)
Faktor kejayaan Tarbiyah lslamiyah
Saya berhajat ingin kongsikan satu tips atau faktor kejayaan proses Tarbiyah yang dinyatakan oleh seorang ulamak yang terkenal.
Dr. Yusuf AI Qardhawi dalam bukunya, telah menjelaskan bahawa di sana ada beberapa faktor yang membantu menjayakan Tarbiyah lslamiyah, antaranya :
Pertama
Kita harus memilikit satu keyakinan sepenuhnya bahawa tarbiyah adalah satu-satunya wasilah yang paling berkesan untuk merubah masyarakat, melahirkan rijal dan seterusnya mencapai kejayaan.
Melalui tarbiyahlah Rasuluilah SAW berjaya membentuk generasi rabbani sebagai contoh yang sukar ditandingi. Jalan Tarbiyah adalah jalan yang jauh, jalan yang sukar dan jalan yang bertahap-tahap. Sedikit sekali yang mampu mengharungi jalan ini, tapi ianya satu-satunya jalan untuk sampai kepada kejayaan.
Kedua
Hanya Tarbiyah Islam yang mempunyai manhaj dan matlamat, lengkap dalam semua aspek dan jelas dari segi sumber, proses don perancangannya.
Sumbernya jelas dan nyata iaitu Al-Quran dan As Sunnah.
Ketiga
Tarbiyah lslamiyah mampu mewujudkan suasana masyarakat yang harmoni. Suasana ini membantu setiap anggota masyrakat hidup secara Islam. Masyarakat dididik tentang cara memberi tunjuk ajar, cara bersimpati, memberi pertolongan dan sebagainya. Setiap anggota merasa sedikit dengan dirinya dan merasa banyak dengan sahabat. Dia merasa lemah bila bersendirian dan merasa kuat secara beramai.
Keempat
Adanya pemimpin yang bersifat pendidik dengan fitrah yang Allah anugerahkan kepadanya. Pengetahuan dan pengalamannya menjadikan Tarbiyahnya lahir daripada hati sanubari yang bersih dan ikhlas kerana Allah SWT semata-mata.
Saya juga pernah kongsikan pengalaman-pengalaman saya bersama beberapa orang Pemimpin, dan juga Murrabi yang ada disekeliling saya.
Setiap perkataan yang keluar dari hati akan masuk ke hati-hati yang lain tanpa sekatan. Perkataan yang hanya lahir dari lidah semata-mata tidak akan mampu melewati telinga pun.
Pepatah arab ada menyatakan : “Orang yang kehilangan sesuatu benda nescaya ia tidak akan dapat memberikannya.”
Kelima
Mempunyai pendidik-pendidik yang ikhlas, berwibawa dan beramanah mengikut jalan pemimpin agong Muhammad SAW. Tidaklah dimaksudkan pendidik di sini mereka yang keluar dari pusal-pusat pengajian tinggi dalam bidang tarbiyah atau pendidikan, dengan ijazah masters atau PhD.
Yang dimaksud dengan pendidik di sini ialah mereka yang mempunyai keimanan yang tinggi, kerohanian yang kuat, jiwa yang bersih, kemahuan yang kental, simpati yang luas dan kewibawaan yang memberi kesan kepada orang lain. Dia mungkin seorang jurutera atau seorang pegawai biasa atau seorang peniaga atau seorang buruh yang tidak ada kaitan dengan prinsip-prinsip atau sistem pendidikan.
Semoga Allah SWT merahmati semua murrabi yang pernah mendidik kita semua dengan keikhlasan dan kasih sayang.
Keenam
Menggunakan berbagai-bagai wasilah (jalan) seperti kegiatan-kegiatan di dalam halaqat, usrah-usrah, dan katibah-katibah yang dijuruskan ke arah matlamat pembangunan insan muslim yang soleh dan sempurna.
Hari ini sekiranya kita banyak melibatkan diri dalam aktiviti dan program, kita juga kena penilaian semula keberkesanan program itu terhadap jiwa, hati dan sanubari kita. Sir Mohd Abduh Zainal Abidin (MAZA)  juga pernah berpesan :
“Program berjalan tetapi proses tidak berlaku”.
Penutup : Kita benar-benar perlu kepada tarbiyah
Menjadikan Islam sebagai satu alternatif penyelesaian kepada masalah umat manusia mestilah lahir daripada keyakinan yang berteraskan keimanan, bukan disebabkan kegagalan sistem sistem lain. Islam hanya boleh memainkan peranannya untuk menyelesaikan masalah manusia apabila ianya diambil secara syumul dalam bentuk konkrit.
Oleh itu setiap pekerja (amilin) Islam mestilah dibentuk dan diproses berteraskan aqidah tauhid yang bersumberkan daripada Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Islam tidak akan dapat dibangunkan tanpa rijal (pahlawan).
Rijal tidak dilahirkan tanpa melalui proses Tarbiyah. Dan Tarbiyah tidak akan memberi sebarang kesan tanpa penglibatan dan penghayatan yang bersungguh-sungguh daripada setiap individu. Adalah menjadi harapan dan keyakinan setiap muslim bahawa masa depan adalah milik Islam.